Sabtu, 26 November 2011

DISKAUN ISTIMEWA SEMPENA CUTI SEKOLAH


Assalamu'alaikum...

Musim cuti sekolah kembali lagi... Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu dan disukai ramai orang terutamanya anak-anak sekolah. Bawalah keluarga anda melancong makan angin ke tempat-tempat menarik. Aktiviti sebegini pasti dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.

Jika anda ingin bercadang untuk makan angin di Kuantan, kami sentiasa bersedia menyediakan penginapan yang selesa untuk seisi keluarga anda dengan kadar sewa yang sangat berpatutan.

Sempena cuti sekolah ini, kami menawarkan DISKAUN ISTIMEWA sewa homestay kami bagi anda yang ingin menginap selama 2 hari dan keatas...

Jangan tunggu lagi..
HUBUNGI SEGERA : UST. ASRI 019-936 9954, atau UST. NIZAM 019-923 8852







Khamis, 1 September 2011

Salam Eidul Fitri 1432H


Assalamu'alaikum....

Selamat merayakan aidilfitri kami ucapkan kepada semua.... Khusus buat pelanggan kani yang pernah menginap di Homestay Tunas Mahkota, kami ingin memohon maaf sekiranya ada salah, silap serta kekurangan yang berlaku semasa menignap di sini..semoga kita semua diberkati Allah s.w.t..

Rabu, 13 Julai 2011

Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Surau Mahkota Aman, Bt.11



Assalamu'alaikum...


Insyaallah, pada 19 Julai 2011 (Selasa) Surau Taman Mahkota Aman, Batu 11 Jalan Gambang, Kuantan akan menganjurkan sebuah ceramah khas yang akan disampaikan oleh penceramah terkenal Usta Azhar Idrus. Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir bersama ke majlis ilmu tersebut.


Bagi yang jauh daripada kawasan gambang ini, anda juga dijemput hadir. Tempat penginapan tiada masalah, anda dialu-alukan untuk menginap di Homestay Tunas Mahkota. Jarak dari homestay ke surau tersebut hanya lebih kurang 2km. Hubungi 019-9369954 (ustaz Asri) atau 019-9238852 (ustaz Nizam) untuk tempahan.

Rabu, 11 Mei 2011

Pendaftaran Kolej Matrikulasi Pahang

Assalamu'alaikum....



Tahniah diucapkan kepada bakal-bakal pelajar Kolej Matrikulasi Pahang yang akan mendaftar pada 23 Mei 2011 ini. Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) Sesi 2011/2012 pula akan berlangsung mulai 23 Mei 2011 hingga 27 Mei 2011. Sekiranya anda  memerlukan tempat penginapan seapanjang tarikh tersebut, hubungi segera Homestay Tunas Mahkota untuk tempahan. Jarak homestay ke Kolej Matrikulasi Pahang hanya 15km sahaja.





Khamis, 17 Mac 2011

Gambar Depan Homestay




Ini gambar terkini suasana depan Homestay Tunas Mahkota. Ruang letak kereta berbumbung penuh muat untuk 2 buah kenderaan. 





Berhadapan dengan homestay ada kawasan permainan kanak-kanak, jadi untuk kawasan parking tambahan tak menjadi masalah, kerana boleh parking tepi jalan depan rumah dan tak mengganggu rumah  jiran-jiran yang lain.


Selasa, 1 Mac 2011

Hari Terbuka TUDM Kuantan

InsyaAllah pada 12 Mac 2011 ni (hari pertama cuti sekolah), Pengkalan Udara TUDM Kuantan akan mengadakan hari terbuka seperti tahun-tahun lepas. Inilah masanya orang ramai boleh melihat jet-jet pejuang TUDM seperti sukhoi dengan lebih dekat.


 

Jangan lepaskan peluang ni, kerana banyak acara yang menarik disediakan sempena Hari Terbuka PU Kuantan ni. Sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga..anak-anak mesti teruja nak tengok jet-jet pejuang dari dekat (bukan kanak-kanak je...orang dewasa pun sama..) Kalau macam tahun lepas antara acara dan aktivitinya :

a. Pameran Statik Pesawat-pesawat TUDM
b. Lintas Lalu Pesawat Pejuang TUDM
c. Pameran Kenderaan-Kenderaan Khas TUDM
d. Pameran Skuadron/Unit serta Kerjaya dalam TUDM
e. Pertunjukan Penerjunan Payung Terjun Bebas oleh PASKAU
f. Pameran dan Pertunjukan Pesawat Kawalan Jauh (RC Aircraft)
g. Gerai Jualan Cenderahati, Makanan dan macam-macam lagi....

Semua dijemput hadir. Kemasukan adalah percuma.

Pengkalan Udara TUDM Kuantan ni HANYA 3KM dari Homestay Tunas Mahkota. Jadi cepat-cepat...tempah sekarang...

Jumaat, 25 Februari 2011

Suasana dalam Homestay

Ruang tamu yang dilengkapi dengan TV dan Sofa




Bilik tidur utama dilengkapi dengan katil Queen, almari dan kipas



Bilik tidur 2 dilengkapi dengan katil saiz Queen dan kipas


Bilik 3 dilengkapi dengan katil bujang dan kipas
(gambar akan di upload kemudian...tunggu..)


Ruang makan selesa untuk 6 orang




kemudahan-kemudahan  dan peralatan lain akan di pertingkatkan dari masa ke semasa...InsyaAllah

Ahad, 6 Februari 2011

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum…

SELAMAT DATANG…

Kami menyediakan sebuah kediaman teres setingkat
dilengkapi perabot penuh yang selesa dan sesuai untuk percutian keluarga, persinggahan rombongan kenduri kahwin dan apa jua urusan. Rumah yang luas untuk anda diami dengan harga yang ekonomi. Rumah ini lengkap dengan segala keperluan asas untuk kegunaan harian antaranya :

1. Set Sofa
2. Meja Makan
3. Kipas angin setiap bilik
4. Katil ( Bilik 1 & 2 - Queen size ) ( Bilik 3 - Single )
5. TV
6. Tempat letak kereta untuk 2 buah kenderaan (berbumbung penuh).

Lokasi kami di :

Taman Tunas Mahkota
Batu 11 Jalan Gambang,
26070 Kuantan
(BELAKANG TUNAS MART BATU 11)

Destnasi berhampiran :
1. 6 km ke Lapangan Terbang Sultan Hj Ahmad Shah
2. 10 km ke Universiti Malaysia Pahang ( Kampus Gambang )
3. 15 km ke Kolej Matrikulasi Gambang dan Kolej Komuniti Gambang.
4. 19 km ke Gambang Resort City Water park
5. 18 km ke Bandar Kuantan
6. 10 km ke Kolej Islam Pahang
7. 2 km ke Kem Askar Batu 10

Berhampiran dengan :
1. Restoran (Seafood, Satay, Keropok Lekor, dll..)
2. Pasaraya Tunas Mart
3. Kedai runcit
4. Taman Permainana Kanak-kanak

Harga : RM150.00 sehari
( Boleh runding harga kalau menginap lama )

Check in : 2.00 petang
Check out : 12.00 tengah hari

Berminat / hubungi :

Ustaz Asri : 019-9369954
En. Nizam : 019-9238852

Pengikut