Khamis, 17 Mac 2011

Gambar Depan Homestay




Ini gambar terkini suasana depan Homestay Tunas Mahkota. Ruang letak kereta berbumbung penuh muat untuk 2 buah kenderaan. 





Berhadapan dengan homestay ada kawasan permainan kanak-kanak, jadi untuk kawasan parking tambahan tak menjadi masalah, kerana boleh parking tepi jalan depan rumah dan tak mengganggu rumah  jiran-jiran yang lain.


Selasa, 1 Mac 2011

Hari Terbuka TUDM Kuantan

InsyaAllah pada 12 Mac 2011 ni (hari pertama cuti sekolah), Pengkalan Udara TUDM Kuantan akan mengadakan hari terbuka seperti tahun-tahun lepas. Inilah masanya orang ramai boleh melihat jet-jet pejuang TUDM seperti sukhoi dengan lebih dekat.


 

Jangan lepaskan peluang ni, kerana banyak acara yang menarik disediakan sempena Hari Terbuka PU Kuantan ni. Sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga..anak-anak mesti teruja nak tengok jet-jet pejuang dari dekat (bukan kanak-kanak je...orang dewasa pun sama..) Kalau macam tahun lepas antara acara dan aktivitinya :

a. Pameran Statik Pesawat-pesawat TUDM
b. Lintas Lalu Pesawat Pejuang TUDM
c. Pameran Kenderaan-Kenderaan Khas TUDM
d. Pameran Skuadron/Unit serta Kerjaya dalam TUDM
e. Pertunjukan Penerjunan Payung Terjun Bebas oleh PASKAU
f. Pameran dan Pertunjukan Pesawat Kawalan Jauh (RC Aircraft)
g. Gerai Jualan Cenderahati, Makanan dan macam-macam lagi....

Semua dijemput hadir. Kemasukan adalah percuma.

Pengkalan Udara TUDM Kuantan ni HANYA 3KM dari Homestay Tunas Mahkota. Jadi cepat-cepat...tempah sekarang...

Pengikut